Wednesday, 26 November 2014

Ketahui saiz perut si manja anda


Mummy-mummy diluar sana mesti pernah hadapi masalah ni... Baby asyik menangis padahal baru jek diberikan susu. Mesti mummy-mummy pikir yg susu ibu tu tak cukup kan? Baby masih lapar... Sebab tu menangis. Nak-nak kalau para nenek dan ahli keluarga sibuk menjadi ala-ala professor serba tau, asyik ulang rekod lama, baby tak cukup susu .. Kena tambah dengan susu formula. Maka hancurlah harapan mummy yg awal-awal dah berazam nak beri susu ibu secara eksklusif. Masalah nya, betul ke baby menangis sebab tak cukup susu? 

Apa yg terjadi kalau baby minum susu terlalu banyak daripada kuantiti susu yang bersesuaian dengan umurnya?

  1. Baby akan muntah susu
  2. Baby berasa perutnya tidak selesa
  3. Baby akan terbiasa minum susu dengan banyak

Jika mummy risau tidak cukup susu (sedangkan tidak), apa boleh terjadi?

  1. Mummy berkemungkinan akan stress 
  2. Baby akan diberi susu formula
  3. Baby akan terlalu kenyang dan kurang minum susu ibu
  4. Baby kurang mendapat khasiat susu ibu sebab dah kenyang dengan susu formula 
  5. Susu ibu yang tidak dirangsang kerana kurang 'demand' ini, membuatkan 'supply' berkurangan
  6. Lama-kelamaan ibu boleh mengalami masalah kurang susu

Sebab tu penting mummy-mummy mengetahui saiz perut baby yg baru lahir dan anggaran kuantiti susu ibu yang diperlukan, jadi

  1. Mummy yakin yg mummy boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk baby sebab baby cuma minum sedikit sahaja pada permulaan hidupnya
  2. Mummy  boleh menapis kata-kata orang lain yang memberi pendapat untuk menambah susu lain selain daripada susu ibu
  3. Kemungkinan untuk para mummy menjayakan misi penyusuan susu ibu secara eksklusif akan meningkat.
Jadi para mummy sekalian, kalau baby menangis padahal baru jek diberi susu, maybe si comel tu nak bermanja. Pastikan yg lampin sicomel tu kering dan perut tak kembung. Dakap lah sicomel anda sbb mungkin baby nak dengar degupan jantung mummy.. Jgn lupa ya mummy-mummy sekalian, sembilan bulan si comel dalam kandungan, tetiba berada di dunia baru.. Mesti baby terasa asing. 

Semoga post ni dapat membantu mummy-mummy terutama yg baru pertama kali bergelar ibu.