Saturday, 6 December 2014

Bahaya memberi makan kepada bayi berusia di bawah 6 bulan

Ada Tak diantara mummy-mummy yg memberi baby makan sebelum berusia 6 bulan? Hmm...  WHO(world Health Organizations )mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan.Tapi masih ramai jek kan yang tidak mengikuti polisi dan saranan di atas kerana beberapa sebab:
  • Baby  kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mengecap terutama bila melihat mummy atau ahli keluarga yg lain  sedang makan
  • Anggapan bahawa bayi lapar kerana masih menangis walaupun kerap diberi susu
  • Dan yg paling best, dengar nasihat dari kawan-kawan dan orang-orang tua yg konon lebih berpengalaman untuk manambah nestum didalam susu bayi supaya baby tidur lebih lena kerana perut kenyang
Sayangnya mummy-mummy, anggapan di atas SALAH SAMA SEKALI dan boleh mengancam nyawa sicomel kesayangan... Antara risiko yg mungkin terjadi; 
  1. Risiko usus tersumbat & kerosakan buah Pinggang & risiko obesity. Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama. Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza). Dengan itu,  tubuh bayi terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya
  2. Masalah kesihatan jangka masa panjang Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya? Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal. Maknanya, sekarang kita tak nampak kesan negatif.. Tapi pada masa akan datang. Jadi jangan rasa kalau baby tak menunjukkan apa-apa reaksi negatif bermakna sicomel tidak akan mengalami masalah 
  3. Masalah dalam penyusuan bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak. 
  4. Meningkatkan risiko allergy kerana baby belum bersedia menerima makanan

So mummy-mummy di luar sana, sayangilah masa depan anak-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat baby  ‘cepat besar’ dan Tak sabar nak menyuap makanan kepada baby. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya. Dan yg penting, mummy-mummy diluar sana perlu ingat, setiap baby mempunyai ragam dan daya tahan yg berbeza. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian baby merana... Baby gembira dan aktif tidak bermakna tidak ada apa-apa... Tunggulah sehingga baby benar-benar bersedia untuk diberi makanan.

Wednesday, 26 November 2014

Ketahui saiz perut si manja anda


Mummy-mummy diluar sana mesti pernah hadapi masalah ni... Baby asyik menangis padahal baru jek diberikan susu. Mesti mummy-mummy pikir yg susu ibu tu tak cukup kan? Baby masih lapar... Sebab tu menangis. Nak-nak kalau para nenek dan ahli keluarga sibuk menjadi ala-ala professor serba tau, asyik ulang rekod lama, baby tak cukup susu .. Kena tambah dengan susu formula. Maka hancurlah harapan mummy yg awal-awal dah berazam nak beri susu ibu secara eksklusif. Masalah nya, betul ke baby menangis sebab tak cukup susu? 

Apa yg terjadi kalau baby minum susu terlalu banyak daripada kuantiti susu yang bersesuaian dengan umurnya?

  1. Baby akan muntah susu
  2. Baby berasa perutnya tidak selesa
  3. Baby akan terbiasa minum susu dengan banyak

Jika mummy risau tidak cukup susu (sedangkan tidak), apa boleh terjadi?

  1. Mummy berkemungkinan akan stress 
  2. Baby akan diberi susu formula
  3. Baby akan terlalu kenyang dan kurang minum susu ibu
  4. Baby kurang mendapat khasiat susu ibu sebab dah kenyang dengan susu formula 
  5. Susu ibu yang tidak dirangsang kerana kurang 'demand' ini, membuatkan 'supply' berkurangan
  6. Lama-kelamaan ibu boleh mengalami masalah kurang susu

Sebab tu penting mummy-mummy mengetahui saiz perut baby yg baru lahir dan anggaran kuantiti susu ibu yang diperlukan, jadi

  1. Mummy yakin yg mummy boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk baby sebab baby cuma minum sedikit sahaja pada permulaan hidupnya
  2. Mummy  boleh menapis kata-kata orang lain yang memberi pendapat untuk menambah susu lain selain daripada susu ibu
  3. Kemungkinan untuk para mummy menjayakan misi penyusuan susu ibu secara eksklusif akan meningkat.
Jadi para mummy sekalian, kalau baby menangis padahal baru jek diberi susu, maybe si comel tu nak bermanja. Pastikan yg lampin sicomel tu kering dan perut tak kembung. Dakap lah sicomel anda sbb mungkin baby nak dengar degupan jantung mummy.. Jgn lupa ya mummy-mummy sekalian, sembilan bulan si comel dalam kandungan, tetiba berada di dunia baru.. Mesti baby terasa asing. 

Semoga post ni dapat membantu mummy-mummy terutama yg baru pertama kali bergelar ibu. 


Saturday, 11 October 2014

Body part Boon Squirt sudu genius



Berikut adalah part untuk Boon Squirt sudu genius. Boon Squirt sudu genius ni terdiri dari 3 bahagian; badan, sudu dan penutup. Sila pastikan yang anda mencuci bersih part badan nya setelah digunakan dan keringkan seblm menyimpan. Untuk pengetahuan para pengguna, Boon Squirt adalah diperbuat dari silicon berkualiti tinggi, bebas dari PVC, bebas Bp-A dan bebas Phatalate. Ianya selamat untuk bayi anda. Pastikan anda mendapat Boon Squirt untuk si manja kesayangan





Friday, 28 February 2014

Warna warna Boon Squirt

                                           
                                                       Warna-warna menarik Boon Squirt

Boon squirt sudu genius ni ada 5 warna menarik.. Cherry(merah), Blue(biru), kiwi(hijau), Grape(ungu) dan Tangerine(oren).Pilih lah warna yg sesuai dengan jiwa memasing ya. Semua warna dia memang cantik-cantik! Boleh jadi rambang mata kita yg tengok.



Jadi apa lagi? pilih .. pilih.. pilih.. sesiapa yg bekenan blh lah pm kami di FB Casadiab ya ..

https://www.facebook.com/casadiab