Saturday, 6 December 2014

Bahaya memberi makan kepada bayi berusia di bawah 6 bulan

Ada Tak diantara mummy-mummy yg memberi baby makan sebelum berusia 6 bulan? Hmm...  WHO(world Health Organizations )mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan.Tapi masih ramai jek kan yang tidak mengikuti polisi dan saranan di atas kerana beberapa sebab:
  • Baby  kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mengecap terutama bila melihat mummy atau ahli keluarga yg lain  sedang makan
  • Anggapan bahawa bayi lapar kerana masih menangis walaupun kerap diberi susu
  • Dan yg paling best, dengar nasihat dari kawan-kawan dan orang-orang tua yg konon lebih berpengalaman untuk manambah nestum didalam susu bayi supaya baby tidur lebih lena kerana perut kenyang
Sayangnya mummy-mummy, anggapan di atas SALAH SAMA SEKALI dan boleh mengancam nyawa sicomel kesayangan... Antara risiko yg mungkin terjadi; 
  1. Risiko usus tersumbat & kerosakan buah Pinggang & risiko obesity. Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama. Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza). Dengan itu,  tubuh bayi terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya
  2. Masalah kesihatan jangka masa panjang Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya? Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal. Maknanya, sekarang kita tak nampak kesan negatif.. Tapi pada masa akan datang. Jadi jangan rasa kalau baby tak menunjukkan apa-apa reaksi negatif bermakna sicomel tidak akan mengalami masalah 
  3. Masalah dalam penyusuan bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak. 
  4. Meningkatkan risiko allergy kerana baby belum bersedia menerima makanan

So mummy-mummy di luar sana, sayangilah masa depan anak-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat baby  ‘cepat besar’ dan Tak sabar nak menyuap makanan kepada baby. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya. Dan yg penting, mummy-mummy diluar sana perlu ingat, setiap baby mempunyai ragam dan daya tahan yg berbeza. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian baby merana... Baby gembira dan aktif tidak bermakna tidak ada apa-apa... Tunggulah sehingga baby benar-benar bersedia untuk diberi makanan.

No comments:

Post a Comment